Best ke main Netball ni?
Seminggu ni straight latihan netball. Wakil Team Kesihatan Tanjung Sedili kononnya untuk Hari Sukan Negara. 😜 Sabtu ni (29/10/2022) dah lawan.
Sebenarnya dari sekolah rendah lagi Cikjaa dah minat netball. Dulu masa darjah 6 tak terpilih main netball. Cikgu kata sebab Cikjaa kurang inci (pendek). 😞
Tapi Cikjaa tak mengalah. Naik sekolah menengah, bila cikgu mencari pemain netball untuk wakil sekolah, Cikjaa datang audition. Dan alhamdulillah terpilih. Siap posisi CENTRE lagi kauu! Pingsannn.
Ada ke sini yang suka main netball jugak?
First jom kita tengok dulu court netball ni. Senang Cikjaa nak explain peranan players ni nanti.
Jom tengok.
![]() |
SUMBER DARI MR GOOGLE |
Bagi yang first time yang tengok atau terlibat dengan match netball ni mesti kompius dengan tulisan dekat bip players kan? Tak faham apa yang dimaksudkan dengan perkataan-perkataan tu.
So jom Cikjaa reveal TUJUH posisi dan peranan player dalam game netball ni ea...
1. C (Centre)
Bertindak macam ketua pasukan. Dia kena yang paling aktif, lincah dan kuat stamina. Sebab dia menguasai semua bahagian dalam court kecuali D (bulatan gol) sahaja. Letihla wei dia ibarat macam kau lari satu padang kejarkan bola.
2. WA (Wing Attack)
WA ni bertindak sebagai penyerang yang membantu Centre membawa bola ke bulatan gol untuk dijaringkan. Tugas WA lebih kurang macam centre jugak. Selain membawa bola hingga ke gol, WA juga perlu lincah dan tangkas untuk merampas bola daripada pihak lawan. Kedudukan WA hanyalah di bahagia golnya sendiri dan bahagian tengah sahaja, dan WA tidak boleh masuk ke dalam kawasan bulatan gol.
3. WD (Wing Defense)
WD selalu dipasangkan bersama WA pihak lawan. Tentunya yang defend-defend ni perlu menepis atau merampas bola pihak lawan sampai ke gol mereka.
4. GA (Goal Attack)
GA biasanya membantu Centre dan WA untuk membawa bola ke dalam bulatan gol. GA juga boleh menjaringkan gol dan selalunya mereka bekerjasama dengan GS di dalam bulatan gol. Kedudukan GA hanyalah di kawasan gol dan bulatan gol mereka sahaja.
5. GD (Goal Defense)
GD biasanya berpasangan dengan GA pihak lawan dan tugasan mereka tentunya menepis dan merampas bola. GD juga bertindak sebagai penghadang GA pihak lawan semasa GA hendak menjaringkan bola.
6. GS (Goal Shooter)
GS adalah tunggak utama dalam sesuatu pasukan. Mereka yang akan menjaringkan bola. GS mestilah mahir menjaringkan gol dan disokong oleh GA di dalam bulatan gol. Pemain yang berbadan tinggi adalah kelebihan utama bagi GS.
7. GK (Goal Keeper)
GK adalah posisi dimana player perlu menahan atau menghadang pihak lawan membuat jaringan gol. Player berbadan besar dan tinggi adalah kelebihan bagi posisi ini.
Sekarang sudah jelas ke?
Kedudukan dan peranan setiap players dalam game netball ni?
Netball terkenal dengan rule dia iaitu tak boleh gerak kaki. Latihan dan stamina sangat dititikberatkan sebelum beraksi di dalam perlawanan bola jaring ini.
Ini antara peraturan yang terdapat di dalam perlawanan bola jaring:
- Players tidak boleh gerak kaki. Dimana kaki landing semasa mendapat bola, di situlah kaki tersebut dipacak dan players terus membaling bola tanpa menggerakkan kaki. Jika tersalah gerak kaki, pastinya pengadil akan meniup whistle.
- Players ada masa tiga saat sebelum membuat hantaran bola kepada players yang lain. Pastikan menghantar bola kepada players yang kosong tiada hadangan.
- Drop ball. Players tak boleh 'bum' bola atau mengambil semula bola yang terlepas dari tangan. Jadi pastikan bola yang anda dapat melekat di tangan supaya anda tak rugi. Terpaksa pula melepaskan bola ke pihak lawan atas kesalahan ini.
- Overcourt. Pastikan player mengenalpasti kedudukan masing-masing supaya players tidak terlepas ke 'kawasan larangan'.
- Body contact. Untuk menghadang perlukan jarak 3 kaki daripada pihak lawan. Jika tangan anda atau anggota badan yang lain (seperti terbentes pihak lawan) terkena pihak lawan, anda akan dihukum untuk berdiri sahaja di sebelah.
Wahh. Bagaimana?
Setelah korang membaca entry kalini, adakah korang merasa teruja untuk mencuba?
Atau rasa banyak sangat rule yang korang tak paham. Pastu terus tak minat? Hahaha.
Bak kata orang, tak cuba taktahu.
Hmm tapi ada badnewslah. My shuben sebenarnya tak minat nak tengok Cikjaa terkinja-kinja beraksi di atas padang. Terlompat-lompat. Cikjaa main pun sesekali je. Mungkinlah ini yang terakhir kalinya... 😔
Apapun doakan team kitorang menang perlawanan Sabtu ni!
Lawan santai-santai jeeee.
Lanje sikit gambar kenangan masa Cikjaa di uitm dulu. 😛
![]() |
Dari kiri : Fifi, Aween, Pika, Nana, Amie, Fara dan me! 😀 |
Korang camana? Ada tak game feberet korang atau ada ke kenangan main netball juga? Jomlah kongsikan dekat ruangan komen kat bawah.
Terima kasih sebab follow dan baca sampai habis.
Comments
Post a Comment